Tanda-tanda hati bermasalah:
1. Malas melakukan kebaikan dan amal. Cth: Malas baca Al-Mathurat.
Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas, dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci. (At-Taubah: 54)
2. Tak tersentuh dengan ayat-ayat Al-Quran (Kauliyah).
Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan engkau (Muhammad) bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka berilah peringatan Al-Qur'an kepada siapa pun yang takut kepada ancaman-Ku. (Qaf: 45)
3. Tak tersentuh dengan ayat Alam (Kauniyah). Cth: bencana, kematian.
Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai- bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)? (At-Taubah: 126)
4. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
5. Kurang mengagungkan/ puji kebesaran Allah.
- Kurang puji Allah sehingga hilang rasa cemburu dengan orang yang amalnya lebih baik.
6. Kegersangan hati.
- Hati tak tenang, gundah gulana
- Hati kita Allah yang pegang/jaga. Maka, untuk jaga hati kita, kita kena selalu berinteraksi dengan Allah.
7. Berlaku kemaksiatan berantai.
- Perbuatan maksiat menjadi habit.
Sebab-sebab hati bermasalah:
1. Melupakan akhirat. Hati lebih kepada dunia.
- Iman menjadi lemah.
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad: 24)
2. Lalai. Cth: Melambat-lambatkan solat.
3. Pengaruh kawan yang buruk.
4. Banyak mendengar muzik dan menonton filem.
5. Terbiasa dengan kemaksiatan dan kemungkaran.
6. Melupakan mati, sakarat, kubur dan kedahsyatannya, juga melupakan akhirat.
7. Melakukan perosak hati:
- Bergaul dengan sembarangan orang.
- Panjang angan-angan (Bayangkan benda yang tak patut).
- Bergantung selain daripada Allah.
- Berlebihan makan.
- Berlebihan tidur.
Cara melembutkan hati yang keras:
1. Mengenal Allah.
2. Sentiasa mengingati mati. Cth: Mengambil tahu tentang susasana kubur, dan mengambil pengajaran daripada kematian.
3. Menziarahi kubur dan memikirkan penghuninya.
4. Perhatikan ayat-ayat Al-Quran.
5. Mengingati kiamat dan akhirat.
6. Banyakkan zikir dan istighfar.
- Zikir dapat melunakkan hati.
7. Mendampingi orang-orang yang baik/berilmu.
- Orang-orang itu akan selalu mengingatkan kita akan Allah.
8. Berjuang.
- Muhasabah diri.
Sama-samalah kita check hati kita sendiri. Semoga dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada blog post ni. Good luck! ^^